Terima kasih kerana berminat untuk mendaftar sebagai DROPSHIP SBS . Dropship SBS terbahagi kepada 3 kategori iaitu :
SBS ANGELS, SBS UNIVERSITY & SBS OUTSOURCE
Disini kami sertakan syarat-syarat penyertaan sebagai ahli sah Dropship SBS untuk makluman semua.
TERMA & SYARAT
Yuran pendaftaran bagi Dropship SBS hanya serendah RM 10 sekali seumur hidup. Yuran ini TIDAK AKAN DIPULANGKAN sekiranya anda menarik diri atau keahlian anda sebagai Dropship SBS ditamatkan oleh pihak Skirtbysisters.
*** Anda hendaklah berumur 18 tahun ke atas***
1. Dropship Sbs perlu menjual dengan HARGA JUALAN YANG TELAH DITETAPKAN oleh pihak SKIRTBYSISTERS SAHAJA. Jika anda didapati menjual dengan harga lebih murah atau mahal, keahlian anda sebagai Dropship sbs akan DITAMATKAN secara automatik.
2. Skirtbysisters turut menawarkan INSENTIF/REWARD dalam bentuk hadiah atau wang tunai kepada Dropship sbs yang mengumpul rekod jualan tertinggi setiap bulan atau mencapai mana mana 'Challange' yang diberikan
3. Sebarang gambar untuk tujuan pemasaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang (website) Skirtbysisters di www.skirtbysisters.com atau daripada Instagram/Facebook Skirtbysisters. Pihak Skirtbysisters juga akan membekalkan gambar bagi tujuan pemasaran melalui group TELEGRAM.
4. Pihak Skirtbysisters menyediakan SUPPORT GROUP yang mesra untuk membantu Dropship sbs berkenaan jualan daripada semasa ke semasa.
5. Droship sbs secara tidak lansung mewakili Skirtbysisters. Maka, Dropship sbs wajib menjaga tatatertib, perlakuan & percakapan semasa melayan pelanggan.
6. Dropship sbs dibenarkan mempromosi jualan mereka di mana-mana sahaja laman sosial (Instagram, Facebook individu, Twitter, dll.), laman jualan komuniti (eBay, Mudah.my, Shopee, dll.), laman blog sendiri, atau jualan secara offline.
7. Dropship sbs dibenarkan untuk membuat sebarang komen berbentuk iklan / promosi di SEMUA ruangan komen INSTAGRAM/FACEBOOK Skirtbysisters.
8. Semua urusan PEMBELIAN dan PEMBAYARAN berkenaan order adalah melalui LAMAN WEB skirtbysisters (www.skirtbysisters.com) SAHAJA.
9. Harga dropship sbs adalah TIDAK termasuk harga pos KECUALI dinyatakan. Setiap dropship sbs dimohon menyemak terlebih dahulu harga jualan sebelum memaklumkan kepada pelanggan kerana harga mungkin berubah daripada semasa ke semasa.
10. Pihak Skirtbysisters akan membuat penghantaran kepada pelanggan hanya selepas menerima invois daripada PAYMENT GATEWAY Skirtbysisters atau bukti pembayaran daripada Dropship sbs.
11. Pesanan/Order akan terbatal secara automatik sekiranya Dropship sbs gagal membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas menghantar order di laman web.
12. Semua Dropship sbs WAJIB mempunyai ONLINE BANKING daripada mana-mana bank untuk memudahkan urusan pembayaran & jual beli. Mempunyai akaun bank MAYBANK atau CIMB adalah SANGAT DIGALAKKAN kerana Skirtbysisters menggunakan kedua-duanya untuk urusan tersebut.
13. Mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
14. Segala urusan pengeposan /penghantaran akan diuruskan sendiri oleh pihak Skirtbysisters.
15. Penghantaran akan dilakukan dengn segera dalam tempoh 1-2 hari bekerja selepas pengesahan penerimaan bayaran dibuat. Penangguhan penghantaran atas sebab – sebab kecemasan dan hal yang tidak dapat dielakkan akan dimaklumkan kemudian.
16. Setiap ahli Dropship sbs perlu mempunyai aplikasi Whatsapp & Telegram, akaun FB individu atau Instagram untuk tujuan promosi.WHATSAPP & TELEGRAM merupakan platform utama bagi tujuan komunikasi di antara pihak Skirtbysisters & Dropship sbs.
17. Semua Dropship sbs perlu memuat turun aplikasi Telegram untuk memastikan semua maklumat berkaitan program ini boleh diakses/dicapai. Staf skirtbysisters akan memberikan link channel Telegram kepada semua Dropship sbs.
18. Cash on Delivery (COD) tidak dilakukan oleh pihak Skirtbysisters. Namun, Dropship sbs boleh mengambil inisiatif sendiri sekiranya ingin menyediakan perkhidmatan tersebut. Dropship sbs boleh mengambil barangan tempahan di pejabat urusan HQ secara ‘self-pickup service’ dan kemudian menghantar kepada pelanggan masing-masing.
19. Sebarang urusan , pertanyaan mahupun permasalahan sila berhubung terus melalui group support telegram/whatsapp
20. POLISI PERTUKARAN
21. Dropship sbs haruslah memaklumkan pihak HQ dalam tempoh 7 hari dengan menghantar aduan kepada admin Dropship sbs daripada tarikh penerimaan produk daripada pelanggan(untuk PERTUKARAN PRODUK). Proses penghantaran semula produk juga dalam tempoh 7 hari bekerja bemula daripada tarikh HQ terima produk daripada Dropship sbs